LOKASI… pasukan polis ketika berada ditempat kejadian untuk menenangkan mangsa sebelum tangkapan di buat
LABUAN: Polis disni berjaya menahan seorang lelaki warga asing selepas mengamuk dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Bangat, pada Rabu.
Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu suspek yang disyaki belajar ilmu hitam mengamuk seorang diri dengan memeggang sebilah pisau.
Pihak polis yang dihubungi telah pergi ketempat kejadian untuk menenangkan dan memujuk suspek menyerah diri telah bertindak agresif dengan mengacu sebilah pisau dan menggugut untuk menikam.
“ Suspek berjaya ditahan selepas anggota polis membuat serbuan ke dalam rumah tersebut dan merampas sebilah pisau yang digunakan suspek.” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan kuih raya kepada petugas barisan hadapan Sekatan Jalan Raya (SJR) sumbangan Perbadanan Labuan, pagi kelmarin.
Beliau menjelaskan, hasil dari siasatan lanjut pihak polis turut menemui sebilah pedang samurai berhulu besi berukuran 110cm yang disimpan dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

Sementara itu suspek 21 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan warga Indonesia di bawa ke balai polis bersama barang rampasan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan ugutan jenayah menggunakan pisau dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki sebilah pedang samurai.
Muhamad Farid berkata, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkembangan lain, polis juga telah menerima satu laporan mengenai kes kematian sorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun akibat tercekik selepas makan gula-gula jenis jeli pada malam Rabu.
Bagaimanapun kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan ke hospital.
Muhamad Farid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pihak hospital Labuan kira-kira jam 10.10 malam.
“Berdasarkan siasatan awal polis terhadap ibu mangsa memberitahu mangsa sebelum itu telah meminta gula-gula jenis jeli dan selepas makan gula-gula tersebut mendapati mangsa telah tercekik dan ibu mangsa berusaha untuk mengeluarkan gula-gula tersebut daripada kerongkong mangsa, namun gagal dan seterusnya membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun setibanyan di hospital mangsa telah disahkan meninggal dunia.” katanya.
Muhamad Farid berkata, pihak hospital akan menjalankan bedah siasat setelah analisa “Sample Spacement” mangsa diperolehi sama ada positif COVID-19.
Jelas Muhamad Farid kes disiasat sebagai mati mengejut./