27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan tahan lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjata

CEDERA…. lengan manga yang mengalami kecederaan ketika bergelut dengan suspek

LABUAN: Polis di sini menahan seorang penganggur lelaki disyaki terlibat dalam kejadian kes samun bersenjata di sebuah rumah sewa di Kampung Sungai Labu pada Rabu.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata suspek 28 tahun ditahan di salah sebuah pusat snooker di pusat bandar kira-kira jam 2 petang pada hari yang sama.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 4.10 pagi itu suspek telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah sewa seorang wanita dan telah mengarahkan mangsa jangan menjerit, namun mangsa cuba melawan sehingga berlaku pergelutan.

“Suspek kemudiannya bertindak mengacukan sebilah pisau ke arah mangsa dan meminta mangsa menyerahkan barang-barang berharga yang terdapat di dalam beg mangsa iaitu wang tunai pelbagai dominasi lebih kurang RM 80 dan telefon bimbit” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelas Farid, mangsa yang bekerja sebagai penjaga hotel mengalami kecederaan di bahagian muka, lengan dan parut akibat ditendang dan ditumbuk selain kerugian berjumlah keseluruhan RM1,400.

SEBILAH pisau yang disyaki digunakan oleh suspek dalam kejadian samun.

Dalam pada itu, pihak polis berjaya merampas semula telefon bimbit milik mangsa dan sebilah pisau pemotong sayur yang disyaki digunakan oleh suspek semasa kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mencederakan ketika melakukan rompakan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN