26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan rekodkan 111 kes jenayah sepanjang  tahun  lalu

CENDERAHATI…. Ahmad (sebelah kanan) menyerahkan cenderahati kepada Rithuan sempena majlis kunjungan hormat tersebut.

LABUAN: Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan telah merekodkan sebanyak 111 kes jenayah yang melibatkan jenayah kekerasan dan  jenayah harta benda.

Bagaimanapun daripada jumlah itu sebanyak 86 kes  berjaya diselesaikan.

Demikian diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail di pejabatnya di Wisma Perbadanan Labuan, pada Selasa.

Beliau berkata,  kejayaan mencatat penurunan statistik itu adalah kerjasama pelbagai pihak khususnya agensi agensi kerajaan, komuniti dan juga pemimpin masyarakat di pulau ini.

Pada masa yang sama beliau juga menzahirkan penghargaan kepada ketua-ketua jabatan atas komitmen kerjasama yang diberikan ketika beliau berkhidmat di IPD Labuan.

Superitendan Ahmad  yang dinaikkan pangkat kepada Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) akan berpindah tugas ke IPK Sabah  dalam waktu tedekat.

Turut dinaikkan pangkat ialah timbalannya, DSP Mohd Ghani Ibrahim kepada Superitendan yang juga akan berpindah tugas ke ESCOM.

Seorang lagi pegawai kanan IPD Labuan yang akan berpindah tugas  ke IPK Sarawak ialah Ketua Cawangan Khas,IPD Labuan,   DSP Sony Ewai Anak  Joeng.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN