Mohd Hamizi bertukar tukar cenderahati bersama Muhammat pada kunjungan tersebut.
LABUAN: Polis Wilayah Persekutuan Labuan komited untuk memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa di pulau ini.
Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Mohd Hamizi Halim berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan sahaja dalam menangani dan menyiasat rasuah dan salah guna kuasa tetapi juga akan memperkukuhkan integriti dalam pengutatkuasaan undang undang.
“Kerjasama kedua dua agensi ini amat penting bagi memastikan gejala rasuah dan salah guna kuasa dapat dibanteras dengan sebaik mungkin” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Kunjungan Hormat Penolong Pesururuhjaya SPRM Labuan yang baharu, ACP Muhammat Azis ke pejabatnya pada Selasa.
Mohd Hamizi berkata out kerjasama yang berkesan dengan SPRM mampu menjamin persekitaran lebih telus dan bertanggungjawab.
Sementara itu Muhammat Aziz dalam ucapan balasnya senada dengan Mohd Hamizi untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan polis dakam memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
“Kerjasama ini bukan sahaja bertujuan menangani cabaran semasa malah untuk memupuk budaya integriti yang tinggi dalam kalangan penjawat awam dan anggota Penguatkuasa undang undang.
“Selain itu kerjasama ini juga menjadi langkah penting dalam mengekalkan integriti antara pihak SPRM dan polis di Labuan” katanya.
Pertemuan selanjutnya antara kedua dua badan penguatkuasaan itu akan terus diadakan untuk merangka strategi membanteras rasuah selain mengukuhkan integriti dikalangan penjawat awam keseluruhannya.