SUPT. Muhamad Farid ketika mengetuai Operasi Bersepadu yang dijalankan disalah satu pusat bandar pada Selasa.
LABUAN: Polis di sini telah mengeluarkan sebanyak 10 kompaun dalam Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijalankan di sekitar pusat bandar pada pagi Selasa.
Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata ia melibatkan tujuh individu yang dikesan tidak memakai pelitup muka, dua pengusaha premis perniagaan didapati gagal menyediakan pengimbas suhu, sanitizer serta tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.
Manakala satu lagi premis di kampaun atas kesalahan tidak merekodkan kehadiran pelanggan ketika berada di premis berkenaan.

PERIKSA… anggota polis memeriksa nama individu dalam buku daftar di salah sebuah restoran dalam operasi tersebut.
“ Jumlah keseluruhan kompaun yang kita keluarkan hari ini sebanyak RM10,000 yang perlu dijelaskan di Klinik Kesihatan Labuan dalam tempoh yang telah diberikan dan mereka yang gagal menjelaskan kompaun boleh didakwa di mahkamah” katanya dalam saru sidang akhbar sejurus berakhirnya operasi tersebut.
Farid berkata operasi yang bermula jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari itu melibatkan 30 anggota polis serta dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Penguatkuasa Perbadanan Labuan dan anggota RELA.
Beliau berkata sejak 1 Oktober lalu sebanyak 15 individu telah dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.
Sementara itu katanya, sejak 1 Oktober lalu sebanyak lapan kertas siasatan telah dibuka terhadap individu yang di dapati mengingkari arahan kuarantin di rumah oleh Jabatan Kesihatan.
Beliau turut mengesa kepada masyarakat Labuan supaya setiasa mematuhi dan tidak mengambil mudah mengenai penularan wabak COVID 19 yang kini sedang meningkat di di seluruh negari termasuk di Labuan.
“Kita harapkan masyarakat Labuan tidak ambil mudah…. bila nampak polis baru kelam kabut nak pakai pelitup muka… nampak kelibat anggota PDRM barulah nak merekodkan kedatangan … Kita harap orang awam jangan takut pada polis tapi takutlah kepada wabak COVID 19 yang tidak mengira sesiapa untuk dijangkiti” katanya.