Olivia Jeffrey
KOTA KINABALU: Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Richdar, Menggatal, di sini, pada 7 November lepas.
Remaja berkenaan, Olivia Jeffrey, berbangsa Dusun, dilaporkan keluar dari rumah kira-kira 6 petang dan masih belum pulang sehingga kini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu dalam kenyataan memaklumkan, Olivia mempunyai fizikal berbadan kurus, berkulit cerah, bermata hitam, berbulu kening nipis serta berambut hitam ikal pendek dan kemas.
Beliau berkata, remaja itu juga mempunyai bibir nipis dan kali terakhir dilihat memakai baju-T serta seluar panjang berwarna hitam.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui keberadaan remaja berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi talian 088-529222.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Sarjan Imelda Andereas menerusi talian 016-8706064 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu usaha mengesan remaja berkenaan.



