CENDERAHATI …Encik Justinus (dua kiri) menerima cenderahati daripada Jahiri (kanan) sambil diperhatikan oleh, Awang Daramat ( kiri sekali) dan Rosley Mustireh Pengerusi AKP Kudat.
KUDAT:Sambutan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2026 diadakan di Dewan Hakka di sini baru- baru ini.
Sambutan yang bertema ”Pembantu Tadbir Pemacu Transformasi Madani” Anjuran bersama Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Negeri Sabah (KEPTAS) dan Sektor Sumber Manusia Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dihadiri oleh 483 orang.
Majlis yang penuh meriah ini telah dirasmikan oleh Encik Justinus Balang Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan,Sains,Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah, Datuk James Ratib.
Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kudat, Encik Awang Daramat Bin Hj Awang Mattiasin dan presiden dari pelbagai kesatuan antaranya KEPTAN Semenanjung Malaysia, PPSMS,PGBM,KPPMS.
Presiden Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Negeri Sabah (KEPTAS, Encik Jahiri Haris berkata sambutan ini diadakan bagi menghargai jasa Pembantu Tadbir semasa berkhidmat dan memberi Pengiktirafan serta Anugerah kepada 190 orang penerima sijil termasuk pesara .
Disamping itu laungan Pembantu Tadbir Bangkit turut dilaungkan sebanyak tiga kali sebagai sokongan bagi usaha kenaikan Gred Pembantu Tadbir N1 ke N5.
Beliau juga mewakili suara hati Pembantu Tadbir Pendidikan Negeri Sabah mengharapkan perkara ini akan menjadi realiti kepada semua Pembantu Tadbir.



