SERAH SUMBANGAN…Hj Ahmad (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ariffin sambil diperhatikan oleh Ismail (kanan sekali) sementara Mudin sedang berehat di katil.
KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak Kg Pimping Kota Kinabalu ( PAPIM), Haji Ahmad Dipong melakukan ziarah kepada ayahanda kepada seorang ahli persatuan ini dan menyampaikan sumbangan kebajikan.
Haji Ahmad yang diiringi oleh Bendahari Agung PAPIM,Haji Ismail Haji Baniamin menyampaikan sumbangan itu kepada
Mohd Ariffin Mudin di Tingkat 5 Hospital Queen Elizebath tengah hari Rabu.
Ayahandanya Encik Nudin Haji Hamid telah selamat menjalani pembedahan mata dan kini dalam proses pemulihan.
Haji Ahmad bantuan ini untuk meringankan sedikit beban keluarga ahli persatuan ini.
“Sejak ditubuhkan lebih enam tahun lalu Biro Kebajikan telah menghulurkan bantuan dan juga kutipan ke atas ahli-ahlinya apabila berlaku musibah dikalangan ahli dan keluarga terdekat seperti ayah, ibu,isteri atau suami dan anak-anak mereka,”katanya.
Beliau berkata aktiviti kebajikan ini adalah berterusan malah semasa Mesyuarat Pertama selepas Pemilihan Kepimpinan PAPIM 2026-2028, juga memutuskan untuk meneruskan semula bantuan sedekah kepada ahli-ahlinya yang menunaikan ibadat umrah dan haji.
“Kita merasakan biar pun bantuan sedekah ini kecil tetapi ianya sebagai penghargaan persatuan yang terpilih menjadi tetamu Allah,yang jarang dilakukan oleh ahli,” tambahnya.
Sementara itu ziarah hari ini adalah ziarah kebajikan kedua dalam tempoh sebulan ini oleh AJK baharu PAPIM selepas pemilihan pada 17 Oktober 2026 lalu.
Sebelum ini PAPIM yang diketuai oleh Naib Pengerusi, Awang Kassim Haji Ismail telah melakukan ziarah ke kediaman bekas Timbalan Pengerusi PAPIM, Haji Pg Othman Hj Pg Gamok untuk ziarah dan menyampaikan sumbangan kebajikan apabila anaknya Awangku Ku Ibrahim terlibat dalam kemalangan.
Awang ku Ibrahim juga pada masa itu telah selamat menjalani pembedahan di QEH 1.



