28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

POLIS BERI AMARAN KERAS KEPADA PENYEBAR LAPORAN YANG MASIH DALAM SISATAN

▪︎

0leh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ranau, memberi amaran keras kepada individu yang tidak bertanggungjawab menularkan laporan polis mengenai suatu kes yang disiasat dibawah Seksyen 489 B dan 489 C Kanun Kesiksaan di daerah ini pada 30 April 2021 lepas yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menggangu proses siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Sammy Newton menjelaskan, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci agar individu tidak bertanggungjawab itu wajar dikenakan tindakan perundangan dibawah Seksyen 504 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM).

Jelasnya, perbuatan terkutuk dan tidak bertanggungjawab itu sepatutnya difikirkan secara rasional dan bukannya dijadikan suatu tabiat untuk sewenang wenangnya menularkan laporan rasmi pihak polis yang masih dalam siasatan.

“Tidak kira ianya dilakukan oleh sumber dalaman sendiri atau orang awam, pihak kami tegas akan melakukan siasatan lanjut dan mengesan pelakunya.

“Perkara ini amat serius sehingga menggangu siasatan pihak kami. Sila hentikan segera penularan itu serta-merta kepada mereka yang telah menerima masej tersebut di mana-mana telefon mudah alih”, tegas Sammy.

Laporan mengenai kes berkenaan tular di media sosial dan kumpulan whatsapp awam pada Sabtu dan penularannya telah dikesan pihak polis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN