SEBELUM MESYUARAT…Sapdin (duduk tengah) bersama Naib Presiden 1,Pg Jafar, Naib Presiden 2, Datuk Hj Ahmad Shah Talip dan AJP PMBS lain yang hadir dalam mesyuarat itu.
KINARUT: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) akan mempertingkat dan memantapkan lagi Pesta Ambuyat tahun hadapan.
Pengerusi Pelaksanya, Datuk Haji Sapdin Ibrahim berkata Pesta Ambuyat Sabah PMBS tahun ini amat berjaya sekali berkat kerjasama semua kepimpinan PMBS,Cawangan dan ahli-ahli PMBS.
“Sambutan tahun ini cukup meriah dan dapat sambutan hangat dan kita akan terus pertingkat dan mantapkan lagi tahun depan,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat post mortem pesta itu di sebuah restoran di sini.
Sapdin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dangsanak Sabah (YBS) turut berterima kasih kepada semua pengerusi-pengerusi dan AJK acara pertandingan yang diadakan serta Anugerah Pelajar Cemerlang yang telah melaksanakan dengan cekap dan lancar.
Dalam mesyuarat itu Pengerusi Pertandingan Set Idangan Ambuyat, Puan Hajah Dayang Rugayah Hj Ag Besar berkata sambutan pertandingan itu telah meningkat tahun ini dan menarik ramai minat masyarakat seluruh Sabah.
Pengerusi Pertandingan Kulintangan, Haji Ampuan Wahab Ampuan Hamzah pula dalam pembentangannya berkata biar pun masa singkat diberikan namun sambutan kalangan golongan remaja.
“Kita berpuas hati kerana pertandingan ini yang disertai oleh enam pasukan dari cawangan-cawangan PMBS telah mencapai matlamat dengan menanamkan minat golongan remaja untuk mewarisi budaya masyarakat Brunei Sabah ini,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Pertandingan Gambus Solo, Haji Pengiran Jafar Pg Hj Osman pula berkata pertandingan ini juga menarik minat ramai golongan remaja dan mencapai matlamat untuk melahirkan lebih ramai lagi remaja mempelajari seni muzik etnik Brunei ini.
“Untuk tahun depan, kita mungkin akan mengadakan pula Pertandingan Gambus Berkumpulan agar lebih ramai lagi golongan remaja Brunei memahirkan diri mementing gambus dan peralatan tradisional lain,” katanya.

Hajah Dayang Rugayah (kiri atas) ketika membentangkan laporan, manakala Haji Ampuan Wahab (kanan atas) menyatakan kepuasan terhadap penyertaan yang diterima. Turut dirakamkan Prof. Rasid (kiri bawah), Pengerusi Biro Pendidikan, ketika menyampaikan laporan kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan (AJP), serta Pg. Jafar (kanan bawah), Pengerusi Pertandingan Gambus Solo..
Pengerusi Biro Pendidikan, Prof Dr Hj Rasid Mail pula dalam taklimatnya berkata untuk tahun depan AJK Anugerah Cemerlang SPM/STPM akan diumumkan lebih awal kerana ada ibu bapa pelajar cemerlang yang tidak mengetahui tentang pemberian insentif dari PMBS melalui YDS ini.
Untuk tahun depan beliau akan meminta semua ketua-ketua cawangan PMBS seluruh Sabah memaklumkan kepada ibu bapa etnik Brunei yang cemerlang tentang Anugerah Cemerlang ini tanpa mengira mereka ahli atau bukan ahli cawangan-cawangan PMBS lebih awal.
“Terdapat ibu bapa yang hendak mendaftar atau menghubungi AJP PMBS pada saat akhir dan kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana senarai dan peruntukan sudah dikeluarkan” katanya.
Menurut Prof Rasid seperti tahun-tahun sebelumnya YDS menyediakan 100 kouta kepada pelajar cemerlang untuk SPM dan STPM yang akan menerima insentif antara RM300-RM400 seorang.
Untuk tahun ini katanya Pelajar yang memperolehi 4.0 dalam Peperiksaan STPM diberikan insentif RM1,000 dan RM700 untuk SPM.
Terdahulu Pengerusi Permohonan Tanah untuk PMBS, Haji Awang Faizal Datuk Haji Awang Sahak berkata usaha itu masih diteruskan dan berharap ianya berjaya dalam tempoh terdekat untuk membolehkan PMBS Pusat mengusahakan tanah itu kelak termasuk membina Balai Budaya PMBS dan pembangunan lain di kawasan Bongawan.
Sementara itu Sapdin berkata memandangkan masa yang singkat dan menjelang bulan puasa dan sambutan Aidilfitri Pertandingan Golf Piala Presiden tidak dapat diadakan pada akhir tahun ini atau bulan depan.
Dalam hubungan ini katanya AJK merancang mengadakan pertandingan itu selepas sambutan Aidilfitri tahun depan dan menetapkan 10-11 April 2027.
Beliau berkata pertandingan dua hari ini yang dirancang diadakan di Padang Golf Karambunai yang akan membuka kepada 50 pasukan (flight) dengan kadar RM2,000 untuk satu flight.



