30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PL, MAIWP  serah bantuan kit makanan kepada mangsa kebakaran

SERAH… Rithuan menyerahkan kit makanan kepada salah seorang ketua keluarga mangsa kebakaran.

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan masing masing  menghulurkan bantuan kit makanan kepada enam buah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah  di Kampung Rancha-Rancha Laut, pada Selasa.

Majlis penyerahan bantuan berkenaan  daripada Perbadanan Labuan  disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Rithuan Mohd Ismail, pada Selasa.

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan, Ansharey Matarsad, Pegawai Pertahanan Awam Labuan, Kapten  Japli Siping  dan Ketua Kampung Rancha-Rancha, Rosman Hussien.

BANTUAN… Shukur menyerahkan bantuan kit makanan sumbangan MAIWP kepada salah seorang ketua keluarga mangsa kebakaran.

Terdahulu sebelum  itu, MAIWP telah  menghulurkan bantuan kit  barangan keperluan  makanan dan pakaian ibadat kepada  mangsa kebakaran.

Kit makanan dan pakaian ibadat itu disampaikan oleh Ketua  Skuad Musibah MAIWP, Mohd Syukur Norfini sejurus menerima maklumat mengenai kebakaran tersebut.

Pada Isnin lalu,  satu kejadian kebakaran   telah berlaku di kampung Rancha-Rancha Laut menyebabkan dua buah rumah hangus 100 peratus, manakala empat buah lagi mengalami kerosakan akibat jangkitan api yang cepat merebak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN