28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PL komited  melestarikan   pengindahan  hijau yang lebih selamat

RITHUAN (tengah) pada sidang media di Wisma Perbadanan Labuan, pada Selasa.

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) komited  melestarikan   pengindahan hijau secara berterusan dengan mengimbangi keselamatan dan kesejahteraan  warganya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata, Perbadanan Labuan telahpun mengambil langkah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat tanpa mengabaikan keindahan hijau  pulau bebas cukai ini.

Sehubungan dengan itu katanya, Perbadanan Labuan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menambah baik landskap disamping memastikan keselamatan orang ramai sentiasa menjadi keutamaan.

Beliau berkata, salah satu daripada inisiatif itu ialah melaksanakan penebangan pokok tua  yang terdapat disekitar  pusat bandar dan di sepanjang jalan utama seperti di jalan Tenaga, Jalan Ujung Pasir, dan di sepanjang  Jalan Tun Mustapha menuju ke Pohon Batu.

“Perbadanan Labuan telah mengenal pasti sebanyak 576 pokok pelbagai spesies  di beberapa jalan utama serta beberapa kawasan yang berisiko kepada orang awam”.

“Sejak  Julai tahun lalu  sebanyak 192 kes  pokok tumbang  dan dahan patah telah direkodkan dengan 80 peratus daripadanya disebabkan oleh angin kencang manakala bakinya akibat faktor  pereputan akar pokok yang telah tua” katanya dalam satu sidang media khas di Wisma Perbadanan Labuan, pada Selasa.

Sementara itu katanya, sebanyak 700 spesies pokok  baharu akan ditanan semula terutamanya di kawasan yang terlibat dengan penebangan pokok.

“Penanaman pokok baharu itu akan dilakukan  dengan lebih rapi bagi memastikan ia tidak  menghalang penglihatan dan menimbulkan krpada pengguna jalan raya serta pejalan kaki” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN