32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PL kenalpasti beberapa lokasi berpotensi pelancongan untuk dibangunkan

BATU LAYAR…..beberapa wartawan yang pertama kali menjejakkan kaki ke Batu Layar dekat Kampung Bebuloh Laut mengambil peluang merakamkan gambar untuk liputan berita masing masing.


LABUAN: Perbandanan Labuan (PL) telah mengenal pasti beberapa lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang baharu di pulau ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata antara lokasi yang dikenalpasti termasuklah Batu Layar-Layar atau lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai Batu Larai-Larai yang terletak tidak jauh dari Kampung Bebuloh Laut dan juga kawasan paya bakau Kinabenuwa dan tapak Geopark di Tanjung Kubong.


“Perbadanan Labuan telah kenalpasti kesemua kawasan ini untuk diangkat dan dibangunkan sebagai daya tarikan pelancongan sekaligus menjadi nilai tambah industri pelancongan di pulau ini” katanya.

GEOPARK…. Dr Fary (tiga dari kanan) menunjukkan kepada media pemandangan Geopark Tanjung Kubong dari laut dengan menaiki bot.


Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke lokasi potensi pelancongan baharu di sekitar Labuan bersama media, pada Sabtu.


Dr, Fary turut menjelaskan Perbadanan Labuan telah memohon peruntukan sebanyak RM 1.5 juta di bawah RMK-12 untuk menaiktaraf kawasan paya bakau Kinabenuwa sebagai satu lagi kawasa eko pelancongan dan kita harap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dapat menyokong dan mengangkat permohonan kita ini ke pihak Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE-JPM).


Selain itu katanya, Perbadanan Labuan juga akan mengkaji semula pembangunan sedia ada di Kampung Bebuloh Laut untuk dinaik taraf sebagai kampung air pelancongan yang mempunyai beberapa daya tarikan untuk dimasukkan dalam pakej pelancongan kerana di sini terdapat projek ternakan ikan sangkar yang menarik, rumah untuk memancing dan yang lebih istimewa lagi kampung ini berhampiran dengan lokasi batu layar-layar dan tidak jauh dengan kawasan paya bakau Kinabenuwa.

“Kampung Bebuluh Laut amat sesuai untuk dijadikan hub untuk persingahan dan mengambil pelancong melawat ke kawasan sekitar, kita akan usahan untuk dapatkan peruntukan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pelancongan bagi membangunkan kampung itu yang berkonsepkan pelancongan.” katanya.

Sementara itu, Perbadanan Labuan juga akan membangunkan kawasan Tanjung Kubong sebagai salah satu lagi daya tarikan pelancongan kerana di hujung pantai Tanjung Kubong terdapat tapak geopark yang mampu mengamit pelancong.

“ Kita akan bangunkan tapak Geopark Tanjung Kubong dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) selain mewartakan Geopark ini sebagai tapak Geopark Labuan,” katanya.

Dr Fary berkata, Perbadanan Labuan ketika ini telah membuka iklan untuk menawarkan pelabur yang berminat memajukan sektor pelancongan Labuan.

“Tahun depan Perbadanan Labuan giatkan lagi sektor pelaburan dan kita telah kenal pasti syarikat-syarikat yang telah menunjukkan minat untuk menyertai iklan sebutharga khusus untuk memajukan Pulau Papan, Pulau Rusukan serta pembangunan waterfront di kawasan pasar lama Labuan,” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN