31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PL beri kit makanan dan insentif kepada peniaga Pasar Sentral

GAMBAR: SERAH….Dr Fary menyampaikan kit makanan kepada peniaga di Pasar Sentral sambil diperhatikan Ansharey (dua kiri), pada Selasa

LABUAN: Perbadanan Labuan mengagihkan kit makanan serta memberikan insentif pengecualian Fi Lesen pasar awam selama tujuh bulan dan pengurangan 50 peratus sewaan Pasar Sentral bagi tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata,  pengecualian Fi Lesen Pasar Awam dan pengecualian 50 peratus sewaan Pasar Sentral  melibatkan kos keseluruhan bernilai RM 478,130.00.

Katanya seramai 103 daripada 506 peniaga yang berniaga di pasar sentral yang berniaga semula selepas tempoh PKPD Bersasar  Kawasan Bandar yang turut melibatkan Pasar Sentral tamat  pada 28 Jun lalu  telah menerima kit makanan, manakala selebihnya akan diagihkan dalam masa terdekat.

“Diharapkan  melalui bantuan-bantuan yang telah diberikan ini akan dapat mengurangkan sedikit bebanan kepada mereka   yang terkesan.

“PL sentiasa komited untuk membantu para peniaga dari masa ke semasa” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Hadir sama dalam program pengagihan kit makanan itu  Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan, Ansharey Matarsad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN