ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan perkukuh budaya amalan patuh perniagaan menerusi ZTPP dan pasar 2026

Simsudin bersama Junaidah ketika melancarkan Program ZTPP dan Pasar Patuh 2026 di Terminal Feri Antarabsngsa Labuan, pada Selasa.

LABUAN; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan terus merperkukuhkan amalan budaya perniagaan beretika serta meningkatkan pematuhan undang-undang perdagangan menerusi pelancaran dua inisiatif Zon Tumpuan Pelancongan PATUH (ZTPP) 2026 dan Program Pasar PATUH (3P).

Majlis pelancaran inisiatif itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek di perkarangan Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pada Selasa.

Turut hadir Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaida Arbain serta barisan pegawai KPDN Wilayah Persekutuan Labuan.

Junaidah Arbain ketika ditemui pemberita berkata pemilihan Terminal Feri Antarabangsa Labuan sebagai lokasi pelaksanaan ZTPP dilihat strategik berikutan peranannya sebagai pintu masuk utama yang menghubungkan Labuan dengan Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Beliau berkata, kedua dua program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah membuka ruang kepada peniaga untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pematuhan undang-undang.

Tambahnya, Usaha advokasi dan pendekatan secara bersemuka ini diharap dapat membentuk budaya kawal selia kendiri agar amalan perniagaan yang berintegriti menjadi sebahagian daripada rutin harian.

Selain itu, Program Pasar PATUH di Pasar Sentral UTC Labuan memberi tumpuan kepada peningkatan kefahaman peniaga mengenai tanggungjawab serta keperluan undang-undang dalam menjalankan perniagaan.

“Kalau dari segi pengguna pula secara langsung sebenarnya kita memberi satu respon yang positif kepada pengguna itu sendiri kerana apabila dia melihat etika perniagaan yang benar seperti tanda harga jelas dan sebagainya secara langsung sebenarnya ia memberi keyakinan kepada pengguna untuk berbelanja di situlah”, katanya.

Menurut Junaidah, antara aspek pematuhan yang diberi perhatian termasuk penandaan harga barangan dengan jelas, penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan serta ketelusan dalam urus niaga bagi memastikan hak pengguna terus dilindungi.

Sementara itu, Simsudin berkata menerusi kedua-dua inisiatif itu, kesedaran dan budaya pematuhan kendiri dapat dipertingkatkan dalam kalangan peniaga, sekali gus mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih telus, berintegriti dan mesra pengguna.

“saya menghargai usaha yang dilakukan melaksanakan satu inisiatif untuk menambah baik perlaksanaan urus niaga di Labuan dan sekaligus memastikan keyakinan kepada orang luar untuk membeli di pulau ini”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN