31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKRC di Institut Latihan Perindustrian Labuan di tutup

Gambar: SIMBOLIK… Haji Rithuan menyerahkan sumbangan asset JPBD kepada Haji Zainudin (dua kanan)  sambil diperhatikan  Ansharey (kanan sekali) dan Lt. Kol. Erwin (kiri)

LABUAN: Jawatankuasa  Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan telah menutup pengoperasian  Pusat Kawalan dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Institut Latihan Perindustrian Labuan (ILP) bermula pada 1 September lalu.

Pengerusinya, Haji Rithuan  Mohd Ismail berkata, penutupan pengoperasian pusat itu bagi memudahkan  persediaan  pihak pengurusan ILP  mengendalikan kemasukan pelajar yang dijadualkan bermula pada 4 Oktebor depan.

Beliau berkata, PKRC Institut Latihan Perindustrian Labuan telah mula digunakan pada 6 Jun 2021 bagi menampung rawatan  kes pesakit COVID 19  yang satu ketika meningkat dengan mendadak.

“Sejak ILP dijadikan sebagai salah satu PKRC  awam  telah merawat seramai 1,150 pesakit yang terdiri 730 lelaki dewasa dan selebihnya wanita” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahkan sumbangan sebahagian aset JPBD yang  sebelum ini digunakan  oleh PKRC  di institut ini,  pada Isnin.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan aset itu, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Labuan, Lt Kol.(PA), Erwin Kinsui,   Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad dan Pengarah Institut Perindustrian Labuan, Haji Zainudin Haji Ahmad.

Antara aset JPBD yang disumbangkan kepada pengurusan ILP itu ialah 25 unit katil dua tingkat, 104 tilam dan 50 unit bantal.

Pada majlis itu, Haji Rithuan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, menzahirkan  ucapan penghargaan  atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan ILP sepanjang institut itu dijadikan sebagai  PKRC.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN