LENGANG …Tapak Tamu Mingguan Kundasang
KUNDASANG: Tapak Tamu Mingguan pekan di sini, pada Jumaat setiap minggu yang biasanya penuh dengan orang ramai dan para penjual namun, kini menjadi lengang.
Keadaan itu, bukan bererti penduduk mogok atau memprotes mana-mana pihak sebbaliknya suatu bukti mereka menyokong dan mematuhi usaha
kerajaan melaksanakan arahan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac dan dijangka berakhir 12 Mei bertujuan
memutuskan rantaian Covid-19 yang kini menjadi wabak seluruh dunia.
Sesungguhnya, pekan Kundasang yang bukan sahaja lokasi pelancongan malah terkenal dengan produk sayur-sayuran segar tanah tinggi serta lubuk rezeki ribuan petani dan peladang tempatan.
Tinjauan ke pekan Kundasang hari ini (8 Mei), mendapati pekan Kundasang, lokasi-lokasi pelancongan, hotel-hotel penginapan dan ratusan buah Enap Desa (Homestay) sekitar Kundasang turut lengang ketiadaan pengunjung.
Ramai pengusaha yang sempat ditemui, mengharapkan dalam masa terdekat ini, akan pulih walaupun terdapat sedikit perubahan iaitu pelaksanaan ‘Normal Baharu’ yang perlu dipatuhi semua pihak.

SYUKUR…….Juhimin menerima sumbangan buah Kurma dan Wang Tunai disampaikan Aoziah (Krew Penghantar Bantuan) mewakili Jonathan di Surau Kg. Kundasang Lama Ranau.
“Kita mengharapkan keadaan akan pulih dan para penduduk khususnya para peniaga sayuran akan beroperasi semula”, Kata Ketua Adat (KK) Kg. Kundasang Lama, Juhimin Bin Suman ketika ditemui selepas mewakili penduduk Islam di Surau Kg. Kundasang Lama, menerima sumbangan berupa Kurma dan Wang Tunai daripada Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.
Juhimin mengajak penduduk supaya mematuhi arahan kerajaan supaya ‘Stay At Home’ (Duduk Diam Di Rumah) dan menjaga kebersihan serta kesihatan diri bagi mengelak dari jangkitan wabak Coronavirus. TAMAT



