DSP Sharudin Mat Husain
KENINGAU:Memasuki tahap 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar terhadap penguatkuasaan PKP berkenaan.
Malah pelbagai alasan tidak munasabah diberikan namun ketegasan pihak polis berjaya menahan seramai 12 individu pada hari pertama PKP tahap 3 dilaksanakan di KENINGAU dan TAMBUNAN.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Sharudin Mat Husain berkata, polis yang membuat sekatan jalan melakukan pemeriksaan ketat bagi mengelakkan masyarakat mengambil kesempatan melanggar arahan PKP sesuka hati.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di Keningau. Katanya, 12 individu termasuk seorang wanita direman di Keningau sementara 3 lelaki di Tambunan turut ditahan untuk siasatan sebelum dirujuk ke mahkamah untuk pendakwaan mengikut klasifikasi Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
DSP Hasan Majid
Dalam pada itu, di TENOM, 6 individu termasuk 2 wanita turut ditahan reman akibat ingkar arahan PKP.
Ketua Polis Tenom,DSP Hasan Majid mengingatkan orang ramai khususnya di Tenom untuk mematuhi arahan PKP dari semasa ke semasa, dalam masa yang sama pihaknya akan mengambil pendekatan melakukan tindakan lebih tegas berbanding sebelumnya yang hanya bersifat nasihat dan amaran. –TAMAT