32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKP Fasa 4- Dibenar Keluar Dua Orang Disambut Baik.

Foto atas: Elvin dan Doreen



RANAU: Kerajaan Negeri melalui Sabah Covid-19 Command Centre fasa 4 membenarkan ketua keluarga keluar membeli barangan keperluan seperti makanan, perubatan dan apa-apa keperluan lain dengan ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tinggal serumah.

Beberapa pemimpin masyarakat yang ditemui menyatakan rasa lega dan sokongan terhadap keputusan kerajaan itu, namun menegaskan pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dipatuhi.

Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Kg. Napong 1 Ranau, Doreen Toya, sangat bersetuju dengan beberapa syarat yang diarahkan oleh pihak kerajaan bagi mematuhi arahan sebagai langkah berjaga-jaga membendung wabak Covid-19.

Beliau berkata, keputusan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk kebaikan rakyat tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

Keputusan ini sudah pasti menggembirakan ketua sesebuah keluarga kerana ia memudahkan urusan rumahtangga”, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Napong 1 Ranau, Elvin Julin, turut menyokong penuh dengan segala peraturan serta syarat yang diarahkan pihak kerajaan.

“Saya menyokong penuh dengan segala peraturan serta syarat yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan memadailah dengan kelonggaran ini”, jelasnya.

Sehubungan itu, Elvin menasihatkan orang ramai agar sentiasa memakai alat penutup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan, amalkan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter dari individu lain.

Beliau berkata, walaupun kebenaran sedemikian diberikan kerajaan, maka adalah lebih baik bagi orang ramai kekal duduk diam di rumah sepanjang tempoh PKP jika tiada urusan mendesak. T A M A T


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN