SIMBOLIK…. Muhamad Zaidi menyerahkan secara simbolik bakul makanan kepada Rithuan (riga kanan) sambil diperhatikan Fadzilah (dua kanan)
LABUAN: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Wilayah Persekutuan Labuan terus menerima pelbagai sumbangan kemanusiaan bagi membantu masyarakat Labuan yang terjejas dengan pendamik COVID 19.
Sehubungan dengan itu, sebuah syarikat swasta berkaitan indusrti Minyak dan Gas di pulau ini iaitu Altus Oil And Gas Malaysia Sdn. Bhd, telah meenyerahkan sumbangan 100 bakul makanan kepada PKOB.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengurus Besarnya, Mohamad Zaidi Muda kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Ismail yang diadakan di Tingkat 4, Wisma Perbadanan Labuan, pada Rabu.
Muhamad Zaidi ketika ditemui berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu tanggung jawab sosial korporat syarikat bagi membantu masyarakat tempatan khususnya yang terkesan dengan COVID 19.
Jelas beliau lagi, sebelum ini pihaknya juga telah menyalurkan sumbangan air mineral kepada petugas petugas barisan hadapan di sekitar Labuan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud.