33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pihak berkuasa digesa ambil tindakan serius tangani Dadah di kawasan Sugut

Jalil menerima cendera hati daripada Justinus dalam sambutan pesta kaamatan Mukim Sungai-Sungai.

PAITAN: Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan serius untuk menangani gejala penyalahgunaan najis dadah disekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut khasnya yang membabitkan remaja bawah umur dan golongan belia setempat.

Menegaskan perkara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun Sugut, Jalil Atang berkata, pihaknya seringkali mendengar aduan daripada masyarakat sekitar kawasan itu mengenai isu penyalahgunaan najis dadah yang agak berleluasa dan perlu di banteras sepenuhnya.

“Selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan ini, saya seringkali mendengar aduan mengenai isu tersebut. Ianya tidak boleh dibiarkan kerana najis dadah boleh merosakkan masa depan seseorang khasnya remaja bawah umur dan para belia kampung”. Tegasnya.

Jalil turut menjelaskan, pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasa bagi membendung gejala ketagihan dan pengedaran dadah di sekitar perkampungan kawasan itu.

Katanya, agensi terbabit juga disarankan untuk memperhebatkan kempen membenteras najis dadah di kampung-kampung bagi menerangkan kesan ketagihan dadah dan hukuman yang bakal diterima pesalah mengikut sistem perundangan negara.

“Saya turut mencadangkan agar kempen membenteras najis dadah kerap dijalankan disekitar perkampungan agar masyarakat lebih mendapat informasi mengenai isu tersebut.”. Jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis perasmian pesta kaamatan Mukim Sungai-Sungai di Dewan Kampung Binsulong dekat sini pada Ahad.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Joloning Joe Majambu, Penolong Pegawai Daerah Paitan, Justinus Jalang, Pemaju Mukim Zon Sungai-Sungai dan Roslan Jinal, Pemaju Mukim Zon Paitan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN