KENINGAUļ¼Sembilan pasukan memenangi kedua-dua perlawanan setakat dua perlawanan dalam peringkat kumpulan dalam kejohanan Keningau Premier League 2022 Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik.
Kelab Bola Sepak tersebut ialah Kabangawong FC, DB FC, TR FC, Apin-Apin FC, Kampung Enam FC, MDK FC, Sundamai FC, Sunflower FC dan BSC.
Pasukan Kabangawong FC dalam Kumpulan B telah menewaskan pasukan EDU FC dengan keputusan 3 -1 pada perlawanan pertama dan perlawanan kedua menewaskan pasukan Kalawon United FC (2 -1).
Manakala dalam Kumpulan C, DB FC telah menewaskan pasukan BS FC dengan keputusan 5 – 0 dan perlawanan kedua menewaskan pasukan Aprisma FC (1- 0).
Bagi Kumpulan E, pasukan TR FC telah menewaskan Asyasa FC dengan keputusan 1- 0 dan menewaskan pasukan KGU COPS FC (5 -1).
Dalam kumpulan yang sama pasukan Apin-Apin FC turut memenangi dua perlawanan iaitu menewaskan KGU COPS FC dengan keputusan 2 – 0 dan menewaskan pasukan Asyasa FC (1:0).
Bagi Kumpulan F, pasukan Kampung Enam FC telah menewaskan The Titan FC dengan keputusan 3 -1 dan menewaskan PMG FC (3 – 1).
Manakala bagi Kumpulan G, MDK FC telah menewaskan pasukan Pandaras FC dengan keputusan 2 – 1 dan pasukan NY7DARAS FC (6 – 1).
Dalam Kumpulan yang sama pasukan Sundamai FC turut memenangi dua perlawanan dengan menewaskan NY7DARAS FC dengan keputusan 2 – 0 dan menewaskan pasukan Pandaras FC (1- 0).
Bagi kumpulan H, Sunflower FC telah menewaskan pasukan Creatix FC dengan keputusan 5 – 2 dan menewaskan pasukan Yuspra FC (5 – 2).
Dalam kumpulan yang sama pasukan BSC turut memenangi dua perlawanan iaitu menewaskan Yuspra FC (1 – 0) dan menewaskan pasukan Creatix FC (2 – 0).
Kesemua pasukan ini sekaligus mengumpul sebanyak enam mata setakat dua perlawanan yang bermula pada 25 Jun lalu sehingga 3 Julai baru-baru ini.
Perlawanan seterusnya akan diadakan pada 9 dan 10 Julai ini dan jadual perlawanan boleh dirujuk dalam laman sosial Facebook Rasmi kejohanan ini di Keningau Premier League.