30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PH sebahagian kerajaan Sabah, UPKO Ranau sokong penuh cadangan Ewon Benedick

GEORGINA ( duduk tengah) merakam gambar berdama sebahagian AJK UPKO Ranau selepas mesyuarat parti itu pada Sabtu di Lasing.

RANAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Bahagian Ranau, menyokong penuh kenyataan bakal presiden Upko, Datuk Ewon Benedick yang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), serta pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH) Sabah dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan Sabah.

Sokongan sebulat suara itu dizahirkan dalam mesyuarat parti itu di sini pada Sabtu yang dipengerusikan Ketua UPKO Bahagian Ranau, Georgina L George.

Menurut Georgina, cadangan Ewon adalah releven merujuk kepada situasi politik semasa khususnya di peringkat Persekutuan dimana PH kini telah menjadi kerajaan.

“Kerajaan persekutuan yang dikenali Kerajaan Perpaduan telah dibentuk menerusi gabungan beberapa parti iaitu PH, GRS, GPS, BN dan Warisan.

“Kenyataan Ewon baru-baru ini yang berharap, kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN), dapat merangka mekanisme untuk merealisasikan hasrat itu menjadi kenyataan”, katanya.

Cadangan Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan ADUN Kadamaian, turut disokong penuh Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu dimana perlunya PH dijadikan sebahagian daripada kerajaan negeri khususnya dalam pentadbiran diperingkat akar umbi.

Pada 25 November lepas, Ewon dilaporkan berkata, semua tujuh ADUN PH Sabah, menyatakan sokongan serta komitmen untuk bekerjasama dengan Hajiji sebagai Ketua Menteri sehingga penggal DUN berakhir pada 2025.

Ewon dalam kenyataan itu juga berkata, PH Sabah mengalu-alukan kehadiran GRS dalam kerajaan perpaduan bagi membolehkan kerajaan Persekutuan mahupun negeri, berfungsi dengan sempurna untuk memberi kehidupan lebih baik kepada rakyat terutama di negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN