24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PH namakan Anwar ketua pembangkang

Keputusan berkenaan, kata presiden PKR tersebut, sudah disampaikan kepada speaker Dewan Rakyat oleh Saifuddin Nasution.

PAKATAN Harapan (PH) menamakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sebagai ketua pembangkang yang baru.

Mendedahkan hal itu, Anwar berkata, persetujuan tersebut sudah dimaklumkan PH kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, baru-baru ini.

“Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail dah maklumkan kepada speaker keputusan majlis presiden dan sudah dimaklumkan kepada semua parti yang berpihak kepada pembangkang serta Warisan.

“Anwar sekali lagi dilantik menjadi ketua pembangkang,” katanya semasa sesi siaran langsung di Facebook hari ini.

Terdahulu ahli parlimen Port Dickson itu ditanya sama ada PH sudah menentukan calon ketua pembangkang atau belum, dan sudahkan speaker dimaklumkan mengenainya.

Pada 25 April lalu, Malaysiakini melaporkan PH – yang merupakan blok terbesar pembangkang – belum membuat keputusan muktamad mengenai calon ketua mereka.

Pada ketika itu ada dua nama yang disebut-sebut. Selain Anwar, turut dilihat berpotensi ialah Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, yang enggan menyertai sebahagian besar ahli parlimen parti itu bersama-sama Umno dan PAS membentuk Perikatan Nasional.

Mahathir ialah ahli parlimen Langkawi.-MalaysiaKini

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN