29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PGRS TAMBUNAN SANTUNI PESAKIT DAN KAKITANGAN HOSPITAL

KENANGAN…Datuk Amelia ( lima dari kiri) bergambar bersama sebahagian AJK bahagian, Wanita dan ahli parti sempena Program Sumbangan Kasih Natal di Hospital Tambunan, baru-baru ini.

TAMBUNAN:  Kegembiraan jelas terpancar di wajah para pesakit yang sedang dirawat dalam wad Hospital Tambunan selepas menerima sumbangan sempena menyambut Hari Natal pada 25 Disember ini.

Sumbangan berupa bakul makanan yang turut diberikan kepada pesakit yang dirawat di unit kecemasan hospital itu adalah sumbangan daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tambunan.

Menurut Ketua Wanita Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Amelia Ajun, sumbangan tersebut merupakan ihsan dan inisiatif ketua bahagian, Dato’ Victor P. Paut.

Datuk Amelia menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada salah seorang pesakit

“Program Sumbangan Kasih Natal ini adalah khusus buat para pesakit dalam wad dan unit kecemasan termasuk kakitangan di hospital ini.

“Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan penerima yang bakal merayakan hari Natal tidak lama lagi,” katanya kepada media, selepas program itu baru-baru ini.

Pada program itu, Datuk Amelia telah mewakili Dato’ Victor untuk menyampaikan sumbangan tersebut bersama beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Gagasan Rakyat di bahagian itu terdiri Romanus Joannes, Sylvester Augustine dan Juili Matimbun.

Turut serta pada program itu, sebahagian AJK Wanita bahagian dan ahli parti daripada beberapa cawangan di sini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN