Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor menyampaikan reflika Mok cek bantuan BAGUS kepada Datuk Haji Raisin Saidin
Oleh: Francis Andin
KOTA KINABALU : Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Negeri Sabah mencatat sejarah apabila buat julung kalinya berjaya menghimpunkan lebih 1000 ahlinnya terdiri daripada Guru Besar dari seluruh Negeri ini menghadiri Persidangan dan Konvensyen Kali ke-2 tahun ini yang berlangsung di International Technology Commercial Centre (ITCC) Penampang dekat sini.
Pengerusi PGBM Sabah Nordin Mohd Taip dalam ucapannya sempena majlis itu berkata komitmen padu pemimpin sekolah antara kekuatan dalam mengembling tenaga dalam menyahut dan juga pelaksana pencapaian Landskap Baharu Pendidikan, Jabatan Pendidin Sabah yang teah di lancarkan baru-baru ini.
Katanya cabaran bagi memastikan 9 Fokus dan 7 Deklarasi dalam Landskap baharu itu tercapai khususnya dalam menoktahkan angka 5 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan tanggungjawab dari peringkat pegurusan cemerlang pendidikan di sekolah rendah sebelum ke pelajar ke sekolah menengah.
“ Kita komited sebagai Guru Besar , fokus landskap baharu mencapai gred purata sekolah dalam Sijil Pelajaran Malaysia 4.99 berbanding 5.00 akan menjadi keutamaan dengan mensifarkan murid yang tidak menguasai tahap minimum dalam pentaksiran bilik darjah (PBD)”katanya.
Nordin (kiri)menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Haji Raisin Saidin
Pada masa sama, beliau mengajak semua warga pendidik di negeri ini terutama pengurus sekolah untuk memainkan peranan memastikan ia tercapai, ini termasuk memastikan kualiti pengajaran di sekolah dan apa sahaja keperluan serta penyelenggaraan turut dapat dijalankan dengan sebaiknya.
Sehubungan itu, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri yang banyak memberikan pelbagai bantuan kepada pihak sekolah dan murid serta Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan menyarankan bantuan itu berterusan setiap tahun.
“ Saya juga mencadangkan agar bantuan aktiviti Guru dan Ibubapa Sabah (Bagus) diberikan kepada semua PIBG serentak tanpa memohon untuk melancarkan urusan gotong royong mengikut keperluan”katanya.
Katanya selain itu , PGBM juga mencadangkan agar inisiatif BALKIS, yang merupakan bantuan penyelenggaraan dan menambahbaikan kecil disekolah-sekolah dengan kos RM50,000 kebawah di berikan kepada semua sekolah mengikut kategori sekolah dan disalurkan terus kepada Tabung PIBG bagi menyelasaikan masalah kerosakan kemudahan sekolah dapat diatasi dengan lebih cepat dan mencapai sasaran.
Sebahagian Ahli PGBM Sabah , Keningau mengabdikan gambar kenangan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor.
Program yang berlangsung selama 3 hari itu, menyediakan pelbagai pengisian antaranya majlis Jasamu di Kenang dan Amanat Pengarah Pendidikan Sabah, sempena meraikan kira-kira 126 Pesara Guru Besar seluruh sabah yang bersara tahun ini.
Selain itu program di meriahkan dengan persembahan tarian pelajar, diadakan Persidangan PGBM, Perkongsian Sektor Integriti Kementerian Pelajaran Malaysia, Amalan Baik sekolah , Bual bicara bersama Presiden Cuepacs Datuk Dr Adnan Mat dan majlis perasmian penutup oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor.
Hadir sama, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif , Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Haji Raisin Saidin.