ADVERTISEMENTspot_img

PGBM PENERAJU PENDIDIKAN BERMUTU, INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA-YB HAZEM MUBARAK

OKK Haji Awang Zakaria (duduk tengah)bersama Pegawai tadbir dan Exco PGBMNS yang hadir sempena Majlis Jamuan dan mesyuarat Agung tahunan Exco kali ke-4 di Sandakan.

Oleh: Francis Andin


SANDAKAN: Persatuan Guru Besar Malaysia Sabah (PGBMS) yang dianggotai Oleh Guru Besar di negeri ini adalah antara kumpulan yang utama dalam menjadi peneraju dalam mencapai hala tuju Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035.


Ahli Dewan Undangan Negeri N.51 Sungai Manila , YB Tuan Haji Hazem Mubarak Tun Dr Haji Musa dalam teks ucapannya berkata dalam merelisasikan pemerkasaan Rancangan Pendidikan yang telah diluncurkan oleh kerajaan Madani baru-baru ini, memerlukan Peranan yang penting dalam kalangan pengurus sekolah iaitu Guru Besar. Teks Ucapan beliau dibacakan oleh OKK Haji Awang Zakaria Hj Maria Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Sandakan wakil rasmi sempena Majlis Jamuan Tahun Baru bersama PGBM Sabah dekat sini.


Katanya semua pihak khususnya warga Pendidikan menyambut baik RPN sebagai lonjakan Pendidikan negara dalam membentuk ekosistem transformasi pendidikan menyeluruh bagi merapatkan jurang sedia ada, melonjakkan mutu dan membina legasi pendidikan yang menjamin kesiapsiagaan rakyat Malaysia menghadapi masa depan.


Sementara itu, berucap dimajlis yang sama Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Sandakan Jumaat Awang menyambut baik Peranan dan usaha murni PGBMNS dalam membantu menyemarakkan kumpulan pelaksana RPN diperingkat sekolah khas nya dalam kalangan warga Pendidikan di sekolah masing-masing. Katanya mesyuarat Exco PGBMNS yang diadakan setiap tahun dan membincangkan gerak kerja kepimpinan sekolah dalam menjayakan RPN amat bertepatan sekali dalam mencapai RPN yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini.


Dalam pada itu, Pengerusi PGBMNS Datuk Nordin Mohd Taip, berkata mesyuarat Exco kali ini akan membahaskan beberapa Usul Pendidikan dan persediaan dalam menyahut cabaran menjayakan RPN . Pada masa sama menyeru kepada semua 1075 orang di negeri untuk sama-sama berganding bahu dan komitmen padu dalam menjayakan Deklarasi Landskap Baharu Pendidikan Negeri Sabah dan RPN 2026-2035 yang memfokuskan 7 Teras Strategik, 5 Ciri Murid sejahtera dan 5 Tumpuan Utama dalam melahirkan insan sejahtera.


Hadir sama Timbalan YDP PGBMNS , Ismail Awang Damit, Pengerusi PGBMNS Sandakan Nasrah Nasir serta lebih 80 Exco dari Semua daerah di negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN