30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pewartaan kawasan Skim Nabawan sebagai Hutan Simpan ditangguhkan.

Ghani (duduk tengah)dan Adini (berdiri tengah barisan kedua)mengabadikan gambar kenangan bersama Ahli JBTSN dan wakil-wakil Jabatan berkaitan yang hadir.

NABAWAN:Pewartaan sebahagian daripada kawasan Skim Nabawan sebagai Hutan Simpan oleh Jabatan Perhutanan telah ditangguhkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, penangguhan itu dibuat atas desakan penduduk yang telah menduduki dan menerokai sebahagian daripada kawasan berkenaan.

Sehubungan dengan Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)meminta supaya penduduk yang terlibat agar bersabar dan menunggu tindakan kerajaan selanjutnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Bertindak Tanah Skim Nabawan (JBTSN)Yang Tidak Bergeran di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah di sini pada Khamis.

Perjumpaan itu turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran)Ali Khazrai Pandin bin Ali Udin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Deckson Andipai dan wakil-wakil Jabatan yang berkaitan.

Mengulas permohonan JBTSN supaya tanah yang diusahakan oleh penduduk dalam Skim Nabawan dikeluarkan dan diberi hak milik kepada pengusaha Ghani berkata, beliau akan mengemukakannya kepada pihak yang berkenaan untuk dipertimbangkan.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya akan merperjuangkan supaya setiap penduduk di daerah ini memiliki tanah yang bergeran” katanya.

Terdahulu Pengerusi JBTSN Ahmad Adini Angilas berkata, seramai 2,744 orang telah mengusaha tanah dalam Skim Nabawan dengan tanaman sawit, getah, buah-buahan dan selebihnya sawah padi membabitkan keluasan 

18,711.45 ekar.

“Malahan ada sudah yang mendirikan rumah kediaman di kawasan berkenaan” jelasnya.

Justeru itu tegasnya, kerajaan perlu mengeluarkan kawasan yang telah diusahakan oleh penduduk terbabit kerana mereka sudah mengusahakan tanah yang terlibat sekian lama.

Pada masa ini katanya, para petani yang mengusahakan tanah dalam Skim tidak mendapat kemudahan seperti subsidi baja dan sebagainya kerana tidak memiliki dokumen pemilikan tanah yang sah.

Amat malang lagi tambahnya apabila para pekebun kecil sawit tidak boleh memiliki lesen menjual sawit kerana ketiadaan dokumen yang lengkap berikutan tanah yang diusahakan tiada pemilikan individu yang sah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN