30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PEWARIS kekalkan tradisi gotong royong bersihkan tanah perkuburan Tg.Karamat (kiri)

SEHATI…. Bair (dua dari kiri), Rozman (enam dari kiri) bersama AJK PEWARIS dan anggota bomba yang melaksanakan gotong royong tersebut.

LABUAN: Ahli jawatankuasa keluarga waris tanah perkuburun orang Islam Tanjung Karamat  (PEWARIS) terus mengekalkan  tradisi kerja bergotong royong setiap kali membersihkan tanah perkuburan orang Islam Tanjung Karamat (kiri).

Pengerusi PEWARIS Bair Sidup berkata, jawatankuasa itu akan sentiasa memantau keadaan persekitraran tanah perkuburan tersebut agar sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat daripada sebarang ancaman bencana.

“Kami akan sentiasa memantau keadaan persekitaran tanah perkuburan Tanjung Karamat (kiri)  dan sekiranya berlaku kejadian pokok tumbang  atau keadaan kubur yang tidak sempurna, maka kami akan  segera bersihkan  secara bergotong royong” katanya.

BERSIHKAN…. dua anggota bomba bersama AJK PEWARIS membersihkan pokok Ru yang tumbang

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tanah perkuburuan Tanjung Keramat (kiri)  selepas melaksanakan kerja gotong royong bersama AJK PEWARIS baru baru ini.

Gotong royong tersebut diadakan  bagi membersihkan sebatang pokok Ru yang tumbang akibat bencana angin kencang yang berlaku baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang  juga Penaung PEWARIS.

Kerja gotong royong membersihkan pokok Ru yang tumbang itu turut mendapat bantuan   anggota bomba dari  Balai Bomba Sentral Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN