25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Petugas Barisan Hadapan Antara Penerima Awal Dos Penggalak Di Ranau

Sebahagian petugas barisan hadapan yang mendahului pemberian vaksin dos penggalak di PPV Dewan Masyarakat Ranau

RANAU: Sejak pelancaran pemberian Vaksin Dos Penggalak (Booster) bermula 20 Oktober di Kota Kinabalu oleh  Ketua Menteri, Datuk seri Panglima Hajiji Haji Noor kini di daerah ini turut mencatatkan ramai (belum kemas kini  setakat artikel ini di tulis) menerima vaksin dos tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau.

Kebanyakan yang mendahului menerima vaksin ialah, barisan hadapan kesihatan,  anggota PDRM, Rela, APM Imigresen dan yang berisiko tinggi.

Program pemberian vaksin dos Penggalak itu adalah dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk warga emas dan berisiko tinggi akan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama melibatkan petugas barisan hadapan kakitangan kesihatan dan bukan kakitangan kesihatan bermula 20 Oktober hingga 20 November depan.

Sementara peringkat kedua dilaksanakan bermula 2 November melibatkan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas serta golongan mengidap penyakit  berisiko tinggi akan diberikan secara percuma dan sukarela sekurang-kurangnya dalam tempuh enam bulan selepas lengkap vaksinasi dos kedua dengan memilih dos penggalak hanya untuk mereka yang menerima vaksin Pfizer.

Walaupun dos Penggalak adalah pilihan untuk individu namun disarankan bagi mengotimumkan perlindungan daripada jangkitan  Covid-19.

Dos Penggalak (Booster) itu juga untuk mereka yang mendapati imuniti vaksin berkurangan selepas enam bulan melengkapkan vaksinasi.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN