29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Peter Tan juara Kejohanan Golf Terbuka Lelaki Senior LIGC 2024

Tan (tengah) Erison dan Nur Fatin bersama hadiah yang dimenangi.

LABUAN:Peter Tan Khin Dari Kelab Golf Kudat muncul juara Kejohanan Golf Terbuka Lelaki Senior Labuan 2024 yang berlangsung dua hari di padang Golf Labuan International Golf Club (LIGC) 2024, pada Rabu.

Tan yang juga Pemenang juara  Kejohanan Golf Terbuka Senior SGCC 2019 membawa pulang hadiah berupa tropi selepas mencatatkan 158 pukulan kategori Gross.

Naib juara bagi kategori Gross dimenangi oleh pemain tempatan Joanne’s Pius dari Labuan Golf Club (LGC) dengan catatan 160 pukulan.

Sementara itu,  pemain dari Pantai Mentiri Golf Club (PMGC), Brunei, Suhaili Ibrahim dan Ahmad Yami Md Nor masing masing  di tempat ketiga dan keempat dengan catatan 163 dan 166 pukulan.

Bagi kategori Nett, pemain dari SHGCC Erison Jais  muncul juara dengan caatatan 129 pukulan untuk menerima piala rebutan dan piala iringan.

Naib juara dimenangi oleh Rezeman Ahmatzen dari Tawau yang mencatatkan 142 pukulan dan tempat ketiga dimenangi oleh Noor Halim Datuk Zaini Dari LGC dengan catatan 142 pukulan.

Datuk Andy Chua dari LGC ditempat ke empat dengan 145 pukulan.

Juara Gross… Tan bersama piala yang dimenangi

Turut dipertandingkan pada kejohanan itu ialah kategori  Wanita Terbuka yang menyaksikan Nur Fatin Syamimi Mohd Syafie muncul juara dengan catatan 140 (Nett), Naib juara jatuh kepada Almas Syadzwanie Kamis.

Kejohanan yang julung kalinya diadakan anjuran bersama LIGC, ASB Sdn Bhd dan Encho Event Management disertai hampir 100 peserta membabitkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan.

Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan Oleh Golf Kapten LIGC, Japar Ahmad dan Idris Mohammad mewakili ASB Sdn.Bhd.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN