ADVERTISEMENTspot_img

Petanque sertai senarai penyumbang emas Sabah

Petanque leeyana dan nurulEmas petanque dari gandingan Leeyana dan Nurul. Foto MSN Sabah.

Oleh: Vitalis G. Bingkasan

KAJANG: Skuad petanque sertai senarai penyumbang pingat emas Sabah menerusi gandingan Leeyana Fitrialeysa  dan Nurul Aina Ali Asmat dalam acara beregu wanita SUKMA XXII Selangor 2026  pada Rabu.

Gandingan Sabah itu menewaskan wakil Pulau Pinang, Anis Sofea Saiful Rizal dan Nur Irdina Qaireen, 13-6 pada final yang berlangsung  di Arena Petanque, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Pengurus pasukan Azami Laman berkata, ia adalah kejayaan menggembirakan terutama kemenangan itu dicapai tidak semudah melihat berdasarkan catatan markah.

“Ia bukan kemenangan mudah tetapi atlet kami bijak mengambil peluang daripada kesilapan lawan dan menukarnya kepada mata.

“Itulah antara kekuatan utama mereka disamping ketenangan, fokus dan azam memburu pingat emas pada perlawanan akhir,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kata-kata semangat daripada Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sebelum perlawanan akhir memberi suntikan keyakinan tambahan kepada pemain.

Katanya, kehadiran menteri bersama rombongan termasuk Setiausaha Tetap KBSK, Datuk Mansur Asun memberi sokongan sehingga tamat perlawanan akhir turut  menyemarakkan semangat juang pemain.

“(Kehadiran menteri dan rombongan) Itu benar-benar membantu dan memotivasikan pemain.

“Kami merakamkan penghargaan kepada menteri dan rombongan kerana hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada pasangan ini pada perlawanan akhir,” katanya.

Azami berkata, mereka akan terus berusaha memburu pingat pada baki persaingan iaitu triples lelaki, triples wanita dan beregu campuran.

“Kami berharap dapat menyumbang lebih banyak pingat emas pada persaingan seterusnya … kami optimis berpeluang dalam acara triples wanita.

“Kami berharap pemain dapat memberikan persembahan terbaik lagi dan ianya memadai untuk meraih pingat,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN