31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PESTA PANTUN PERINGKAT ZON TIMUR AKAN DIADAKAN PADA 4 OKTOBER INI-JAIPIN

Pengelola bersama diketuai Jaipin (4 dari kiri) bergambar selepas bermesyuarat

RANAU: Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Zon Timur dijadual akan diadakan pada 4 Oktober ini berpusat di Sekolah Kebangsaan Nalapak.

Persetujuan dicapai melalui satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Guru Besar SK. Nalapak selaku Pengerusi Pengelola, Jaipin @ Josly Kimburon di Bilik Gerakan bersama beberapa orang guru mewakili 11 buah sekolah di Zon Timur baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Pengelola antara syarat yang terkandung dalam kertas konsep daerah, setiap sekolah hendaklah menghantar 5 orang wakil iaitu 3 peserta utama dan 2 peserta simpanan di kalangan murid Tahap 2.

“Antara tema pantun ialah Seronok Riadah, Keselamatan Jalan Raya, Khidmat Rakan Sebaya, Sukarelawan Muda, Perbelanjaan Berhemah, Covid-19, Insuran Kesihatan, Makanan Tradisional dan Seni Bela Diri. Untuk lebih lanjut boleh merujuk di kertas konsep yang telah diedarkan. Diharapkan pihak pengelola dapat memilih wakil zon yang terbaik untuk ke peringkat daerah,” katanya.

Katanya lagi, selaras dengan keputusan mesyuarat, setiap sekolah hendaklah menghantar wang penyertaan seratus ringgit selewat-lewatnya pada 2 Oktober (Ahad) kepada Bendahari Karnival Bahasa, Dorothy @ Dorisca Simon (019-5810820) bagi memudahkan pengurusan program.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN