29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pesisir Pantai Sawangan Cina berpotensi  pusat rekreasi

SIMBOLIK…. Rithuan menanam dan menyiram pokok Penaga Laut simbolik perasmian Program Mucang-Mucang di kawasan pesisir pantai Sawangan Cina, pada Sabtu.

LABUAN: Kawasan pesisir pantai Sawangan Cina  berpotensi untuk menjadi salah satu lagi pusat rekreasi baharu yang mampu menjadi tarikan kepada pengunjung bagi melakukan aktiviti riadah dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata, ini kerana kawasan tersebut akan dibuka sebagai kawasan rekreasi yang kedua  selepas Pusat Rekreasi Taman Damai Layang-Layangan.

“Kawasan yang menjadi milik Perbadanan Labuan itu akan disediakan pelbagai kemudahan fasaliti seperti tempat letak kereta dan gerai jualan.

“Kawasan ini juga memang sangat menarik kerana pantainya menghadap  tanah besar Sabah yang turut memperlihatkan keindahan panorama gunung Kinabalu serta persekitaranya memperlihatkan  suasana  matahari terbit  sekaligus menyaksikan  kawasan ini  berpotensi untuk menjadi tarikan  pengunjung untuk beriadah” katanya.

Beliau berkata demikian kepada  media, selepas menyempurnakan Program Mucang-Mucang SeWilayah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 peringkat Labuan.

Lebih 150 orang  menyertai program tersebut  yang melibatkan penyertaan Jabatan dan Agensi Kerajaan, Swasta, Dewan Perniagaan serta pertubuhan dan persatuan bukan kerajaan (NGO).

Pada program itu turut dijalankan penanaman 30 pokok  yang terdiri daripada  pokok Penaga Laut, Rhu, dan Kelapa sebagai tanda simbolik pelancaran program Mucang Mucang (gotong royong). 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN