CENDERAHATI…. Bashir menerima cenderahati daripada Nuwar sambil diperhatikan Muhammad Farid (tiga dari kanan) dan Awang Kassim (tengah)
LABUAN: Pesara Polis khusunya yang ada di Wilayah Persekutuan Labuan diseru untuk menjadi ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) sebagai usaha menyokong dan memartabatkan golongan pasara polis di pulau ini.
Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias berkata, selain itu pesara polis yang aktif dalam persatuan boleh memainkan peranan dalam membantu komuniti mengekalkan keamanan disamping membantu pihak polis membentaras kegiatan jenayah.
Beliau secara peribadi turut merakamkan penghargaan terima kasih dan menyanjung tinggi anggota polis termasuk pesara polis atas sumbangan dan komitmen serta pengorbanan mereka dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
” Saya yakin pesara polis yang ada hari ini masih mempunyai semangat yang tinggi untuk terus menabur bakti sekali gus membantu rakan-rakan mereka yang masih berkhidmat dengan polis untuk sama-sama mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Penaja Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Komuniti Sungai Lada, dekat sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad yang dilantik sebagai Penasihat PBPM Labuan berkata pihaknya akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada PBPM Labuan agar dapat memajukan persatuan sekaligus dapat membela golongan pasara polis dan juga balu dan ahli keluarga pesara polis di pulau ini.
Beliau juga bersedia untuk menyediakan sebuah ruang pejabat khas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Labuan untuk kegunaan persatuan melaksanakan urusan persatuan.
Pasa masa yang sama beliau juga memberikan kebenaran kepada persatuan untuk menggunakan bilik mesyuarat IPD untuk tujuan bermesyauarat pada bila bila masa.
Hadir sama, Naib Presiden PBPM pusat yang juag Pengerusi PBPM Sabah, Datuk Awang Kassim Awang Gemuk, Pegawai Hal Ehwal Khas/ Pesara Polis, ASP Dorarin Guanui dan Pengerusi PBPM cawangan Labuan, Nuwar Ahmad.