31 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PESAKA Labuan raikan kejayaan  Siti Shazwana

TAHNIAH….Rithuan ( dua kiri) bersama Zulhelmi (kiri sekali), Mohammad Khairul (dua kanan)  meraikan kejayaan Siti Shazwana di Pusat Latihan PESAKA Pusat Homestay Sungai Labuan

LABUAN: Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA)  Labuan meraikan kejayaan atletnya   Siti Shazwana Ajak  yang  memenangi pingat Perak di Sukan SEA Cambodia  2023 baru baru  ini.

Majlis meraikan kejayaan sarikandi pesilat negara itu telah diadakan di Pusat Latihan Atlet PESAKA Dewan  Homestay  Sungai Labu, dekat sini, pada malam Ahad.

Hadir sama meraikan kejayaan Siti Sazwana pada malam itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail,  Pegawai Belia dan Sukan , Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (MSWPL), Zulhelmi Amran dan Yang Di Pertua PESAKA Labuan, Mohammad Khairul Abd. Ghani serta para pesilat  dan atlet silat PESAKA Labuan.

Terdahulu, Rithuan dalam ucapan ringkasnya mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan Siti Shazwana yang berjaya membawa pulang pingat Peraka di temasya Sukan SEA di Cambodia yang bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia dan juga Labuan tetapi juga telah menjulang nama PESAKA Labuan  dalam  melahirkan pesilat  yang berjaya menjulang nama Malaysia diperingkat antarabangsa.

“ Kita (Perbadanan Labuan) akan terus  memberikan sokongan kepada  usaha PESAKA Labuan dalam melahirkan lebih ramai  atlet silat sukan olahraga untuk diangkat keperingkat yang lebih tinggi” katanya.

Sementara itu, Mohammad Khairul berkata, majlis meraikan kepulangan Siti Shazwana yang diadakan  di pusat latihan PESAKA Homestay  Sungai Labu diharap dapat menyuntik semangat atlet pesilat  Labuan yang akan menyertai sesi pemilihan SUKMA peringkat Wilaya Persekutuan yang akan diadakan pada Jun ini.

Pada temasya Sukan Sea  di Cambodia, Siti Shazwana berjaya meraih pingat Perak Silat Olahraga kategori Puteri-D (60-65kg).

Pemenang pingat emas di Sukan SEA KL 2017 itu  tewas dengan hanya jurang dua mata (38-36)  ditangan  pesilat Indonesia Anifah Fismawati.

Antara lain  kejayaan sarikandi Pesilat dari Labuan ini  memenangi pingat emas di Kejohanan Sarawak Premier International Silat Championship 2023 serta membawa pulang kilauan pingat perak untuk Malaysia di Kejohanan Wold Pencak Silat Championship China 2018 dan sekali lagi mengekalkan pingat perak di kejohanan World Pencak Silat Champoionship 2022 di  Melaka.

Siti Shazwana anak jati dari kampung Lajau ini akan meneruskan latihan di Pusat  Latihan Silat Olahraga Kompleks Sukan Nilai Negeri Sambilan bermula minggu ini  bagi persediaan menghadapi  kejohanan Wold Pencak Silat Championship 2023 yang akan diadakan di Indonesi pada Ogos depan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN