Gambar – Robert (dua dari kanan) bersama rombongan semasa melawat hakisan tebing di Bandukan pagi tadi.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta kerajaan supaya memberikan peruntukan bagi mengatasi masalah hakisan tebing sungai Bandukan di jalan raya menuju ke Taman Pelancongan Bandukan.
“Kita minta supaya kerajaan dapat memberikan peruntukan segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk terutama hakisan tebing sungai di sepanjang jalanraya berkenaan” katanya.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian kepada media selepas melawat tebing Sungai Bandukan yang kini semakin terhakis pagi tadi.
Tambahnya, hakisan tebing sungai itu perlu diatasi segera kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu mengusahakan pusat peranginan.
Turut sama dalam lawatan itu, Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Keningau Ir. Dachord Moujing.