Pegawai Imigresen ketika membuat pemeriksaan dalam serbuan penempatan warga asing di Labuan.
LABUAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan (JIM) telah menggempur dua kawasan penempatan yang didiami oleh warga asing di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dalam satu
operasi penguatkuasaan, pada Rabu.
Operasi yang bermula jam 12 tengah malam dan berakhir kira kira jam 2 pagi itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat.
Pengarah JIM Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Redzuan Nawi berkata, berdasarkan risikan dan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah bergerak ke penempatan warga asing tersebut dan memeriksa seramai 41 individu yang terdiri
daripada warganegara asing dan warga tempatan.
“Hasil pemeriksaan, seramai 6 orang warganegara asing yang terdiri daripada empat wanita dan dua kanak-kanak perempuan warganegara
Filipina telah ditahan”, katanya dalam satu kenyataan disini, pada Rabu.
Kesemua mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen
6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Mohd Redzuan menegaskan Jabatan Imigresen Labuan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966,
Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).



