Mohammad Zahfri (berdiri enam dari kiri), Rohan (berdiri empat dari kanan) bersama staff Elektro Serve Labuan.
LABUAN: Kumpulan Elektro Serve (M) Sdn. Bhd., melakar mercu tanda penting dalam sektor minyak, gas, dan tenaga apabila satu lagi kumpulannya iaitu Elektro Serve Labuan (ESL) yang beroperasi di pulau ini telah dinaik taraf kelengkapanya dengan peralatan yang lebih moden sekaligus meningkatkan keupayaan perkhidmatan syarikat itu srrta keyakinan kepada pelanggan.
Majlis simbolik perasmian telah disempurnakan secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Elektro Serve Malaysia Sdn. Bhd.,Muhammad Zhafri Md Zin, dan Pengarah Urusan rakan teknikal Adaptive Power Sdn Bhd, Rohan Advani.
Menurut Muhammad Zhafri, kerjasama tersebut bertujuan untuk menggabungkan kepakaran teknikal dan sumber daripada kedua-dua organisasi bagi menawarkan penyelesaian baik pulih (overhaul), pembaikan, dan penyelenggaraan yang komprehensif kepada industri khususnya dalam bidang minyak dan gas di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.
Katanya, fasiliti yang dinaik taraf dan dilengkapi dengan
peralatan yang lebih moden adalah bertujuan untuk membaik pulih pelbagai kelengkapan khusus kepada Motor Voltan Rendah (LV), Motor Voltan Tinggi (HV), dan penjana (generators).
Beliau berkata, Kumpulan Elektro Serve komited untuk melabur lebih daripada RM20 juta dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk fasiliti di Malaysia Timur.
“Fasiliti yang dinaik taraf ini bersedia untuk menjadi peneraju dalam menyokong keperluan aset kritikal di Labuan dan Sabah, serta memberikan peningkatan ketara dalam tempoh masa pusing ganti (turnaround time) dan respons kepada pelanggan”, katanya.
Selain itu, peluang pekerjaan dan tenaga kerja tempatan diberi keutamaan bagi sebagai usaha menjana ekonomi disamping melahirkan pekerja tempatan yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan.
ESL telah memperluaskan tenaga kerjanya dengan menggaji bakat tempatan dan menggunakan kerjasamanya dengan Adaptive Power untuk mempertingkatkan keupayaan serta peluang latihan bagi pasukan tersebut.
ï‚·Muhammad Zhafri turut menjelaskan penaiktarafan fasiliti dan kerjasama ini mencerminkan komitmen untuk meningkatkan piawaian kualiti dan pengalaman pelanggan, di samping menawarkan perkhidmatan yang kompetitif kepada pasaran.
“Pembukaan bengkel ini melambangkan respons kami terhadap permintaan pelanggan dan keyakinan kami terhadap tenaga kerja tempatan untuk meningkatkan kemahiran serta mencapai piawaian tertinggi”, katanya.
Elektro Serve Malaysia Sdn Bhd. ditubuhkan untuk menjadi syarikat peneraju dalam perkhidmatan kejuruteraan elektrikal dan mekanikal di Malaysia.
Sementara itu Adaptive Power Sdn Bhd. merupakan pasukan perkhidmatan tenaga yang menggabungkan pengalaman produk, aplikasi, dan industri yang diperolehi daripada pengalaman bertahun-tahun bekerja dengan dan bagi pihak pelbagai dan OEM.



