Fauzie (kiri) menyerahkan borang penyertaan 60 orang ke GRS kepada Datuk Jonathan disaksikan yang lain
RANAU: Penduduk Kg.Poropot di sini, disaran agar lebih bersabar menunggu peruntukan kewangan daripada kerajaan yang bakal disalurkan mengikut keperluan mendesak dan keutamaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, rakyat perlu bersabar menunggu peruntukan yang bakal disalurkan mengikut keutamaan dan keperluan mendesak yang terpaksa diagih-agih sama rata kepada semua kampung teutama kampung-kampung yang masih agak ketinggalan dari segi infrastuktur seperti jalanraya, elektrik dan bekalan air bersih.
“Kg.Poropot sudah jauh lebih maju kerana ada Jalan Raya yang baik, elektrik dan bekalan air bersih, berbanding sesetengah kampung di kawasan Kaingaran, Ulu Sugut, Kawiyan dan banyak lagi kampung yang belum ada jalan raya yang baik dan belum ada lampu elektrik masih jauh ketinggalan berbanding kawasan DUN Karanaan yang agak jauh lebih maju dan sudah banyak menikmati projek asas.
“Peruntukan kewangan kawasan P.179 yang terhad terpaksa diagih-agih kepada kampung-kampung yang masih memerlukan infrastruktur asas untuk mewujudkan pembangunan seimbang dan adil kepada semua”, jelas Datuk Jonathan.
Berucap sama ialah, Ketua Kampung Kg.Poropot, Saimon Kompel dan Pengerusi JPKK Kg.Poropot, Fauzie Bin Kebihi dihadiri lebih 30 orang penduduk dan rombongan Datuk Jonathan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
Majlis diakhiri dengan penyerahan 60 borang penyertaan ke parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disampaikan Fauzie kepada Datuk Jonathan.