33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PERUBAHAN DILAKUKAN UNTUK KUATKAN PASUKAN,KATA JELANI.

Gambar- Jelani memperkatakan sesuatu semasa perjumpaan tersebut bersama Azman David Marzuki Nasir, FC, Scott Olerenshaw dan Kurniawan

KOTA KINABALU–Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, pihaknya akan cuba melakukan perubahan dari semasa ke semasa dengan baik dan teratur bagi memastikan kekuatan kelab tersebut.
Katanya, perbincangan akan sentiasa dilakukan sesama sendiri dalam soal pengurusan kelab.

“Kita akan bincang sesama sendiri untuk kekuatan pasukan,” katanya ketika hadir dalam sesi suai kenal dengan pegawai pengurusan dan pemain Sabah FC di padang Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) petang tadi.

Sejak dilantik sebagai Pengarah yang baharu kelab berkenaan pada 10 Jun lepas, ini penampilan pertama kali Jelani menemui pemain selepas mereka selesai menjalani latihan “Camp Based Training” di venue tersebut.

Beliau yang juga Naib Presiden SAFA menambah bahawa perancangan yang baik dalam kelab dan sedang berjalan akan diteruskan.

“Kita cuba kurangkan masalah yang ada dan sudah tentu kita akan teruskan perancangan yang sedia berjalan dengan baik,” katanya.

Menurutnya, beliau sedar tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya itu sangat berat.

Namun demikian, dengan adanya kerjasama semua pihak, beliau yakin mampu melakukan perubahan dari semasa ke semasa dengan baik dan teratur.

Mengenai soal pemain, Pengarah Sabah FC itu berharap jurulatih yang akan memastikan mereka yang terbaik.

“Kita akan serahkan soal itu kepada jurulatih untuk menentukan,” tegasnya.

Turut hadir pada sesi suai kenal itu ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, Pengurus FC pasukan Sabah, Marzuki Nasir, Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Olerenshaw dan ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN