25 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pertandingan Melastik Terbuka Sarayo dapat sambutan

Mohd.Ramdan (kiri) menyampaikan hadiah Johan kepada Jasty.

RANAU: Pertandingan Melastik Terbuka Sarayo di sini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada  golongan belia daerah Ranau dan dari daerah lain di Sabah apabila mencatatkan seramai 69 penyertaan.

Pertandingan yang julungkali diadakan itu, merupakan anjuran  Platun 0010 Rela Kg.Tungou dengan kerjasama  Tungou Villa Slingshot Comuniti (TVSC) baru-baru ini berlangsung di Dewan Mini Marandawi kampung berkenaan terletak kira-kira 22.1 kilometer dari pekan Ranau.

Perandingan tersebut telah dirasmikan Pegawai Rela Daerah Ranau, PgR Mohd. Ramdan Bin Raidin telah dihairi para angota Platun 0010  Rela Kg.Tungou serta penduduk setempat.

PgR Mohd.Ramdan dalam ucapannya, memuji Platun 0010 Rela Kg.Tungou kerana berinisiatif mempelbagaikan aktiviti bertujuan mengeratkan permuafakatan dikalangan anggota Rela sekaligus mewujudkan perpaduan dikalangan penduduk.

KENANGAN..Anggota Platun 0010 Rela Kg.Tungou merakam gambar  bersama Mohd.Ramdan.

“Pertandingan seperti ini mampu mewujudkan semangat toleransi, persaudaraan serta perpaduan yang erat dikalangan kita wajar diteruskan pada masa akan datang, jelas Mohd.Ramdan.

Sempena pertandingan itu, menyaksikan kehebatan Jasty Muhinin melastik menepati sasaran mengutip 33 mata untuk muncul Juara meraih hadiah wang tunai RM300, meletakan Locote ditangga Naib Johan menerima hadiah wang tunai RM200  dan  Abang Topel Trepedo di tangga ketiga menerima hadiah RM150. Semua  hadiah  telah disampaikan Mohd.Ramdan.

Pengerusi TVSC, Hazrin@Idan Jurus ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran  PgR Mohd.Ramdan serta kerjasama daripada semua anggota Rela serta para ahli TVSC yang bertungkus lumus mengendalikan kejohanan Melastik tersebut.

“Kita juga berterima kasih atas penyertaan ramai pada pertandingan kali ini dan dijangka kami akan menganjurkan lagi pada masa akan datang

“Kita menjemut lebih ramai lagi penyertaan  pada masa akan datang jika mendapat sumbangan dana daripada para pemimpin setempat untuk kos hadiah see”, tambah Hazri.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN