JAMUAN…Bung ((tengah) bersama jemputan yang hadir di majlis tersebut.
KENINGAU: Rakyat di negeri ini diajak agar terus menyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam usaha memelihara kestabilan politik untuk memacu proses pembangunan demi kemajuan dan kesejehteraan rakyat di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Dato’Sri Bung berkata, walaupun belum sampai setahun kerajaan GRS mengambil alih tapuk pemerintahan di negeri ini, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat disamping membangunkan negeri ini.
Katanya Kerajaan negeri telah membentangkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) 2021-2025, iaitu kerangka hala tuju dan strategi bagi terus memacu ekonomi negeri dan sosio-ekonomi rakyat,
” Sebaik sahaja kerajaan GRS mengambil alih pemerinthaan sejak 29 Sept tahun lepas ,kita berhadapan realiti dan kedudukan ekonomi amat mencabar kerana itu kerajaan perlu bertindak segera untuk menangani penyusutan pertumbuhan sektor serta subsektor tertentu, dan mengenal pasti sumber baharu untuk memperkukuh serta meningkatkan hasil negeri’ katanya ketika berucap di majlis makan malam bersama gabungan GRS di Taman Bandukan Riverside Resot Keningau baru baru ini
hadir sama Timbalan Ketua Menteri II yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellrom Alfred Angin, dan Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik
Sehubungan dengan itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya mengajak pemimpin dan rakyat mempertahankan memontum kerjasama bagi mempastikan apa juga yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan sepenuhnya demi kebaikan negeri dan rakyat secera keseluruhannya
Menurut Bung masanya bagi semua pihak bekerja keras membanguna negeri dengan mengenpikan soal politik dimana ekoran terlalu berpolitik negeri ini amat jauh ketinggalan dari segi pembangunan.
“ Di peringkat Pusat kita sudah mengadakan pilihanraya sebanyak 14 kali, di negeri Sarawak baru 11 kali tapi kita di Sabah sudah 16 kali, masa dihabiskan untuk pilihanraya menyebabkan kita hilang fokas untuk membangunkan negeri “ Jelas Bung.
Tambah Bung pada masa sama, kedudukan sosio-ekonomi rakyat perlu diletakkan pada unjuran keutamaan melalui usaha yang menjurus kepada sasaran untuk meningkatkan ekonomi rakyat,
Beliau berkata Pelan SMJ 2021-2025 menggariskan tiga elemen utama iaitu sektor Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan sebagai fokus pertumbuhan ekonomi; modal insan dan kesejahteraan rakyat; serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.
Dalam pada itu Bung menambah Kerajaan persekutuan meluluskan sejumlah RM600 juta bagi pembinaan jalan menghubungkan Serudong di Kalabakan Tawau dengan Simanggaris Kilamatan Indonesia yang akan membawa perubahan besar dalam memacu sektor ekonomi negeri.
“ Justeru rakyat perlu bersedia merebut peluang yang ada terutamanya dalam sektor pelancongan dengan menghasilkan prodak-prodak yang boleh dipasarkan kepada pelancong terutamanya dari Indonesia apabila projek lebuh raya ini siap dilaksanakan” tambah Bung,