27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PERSILA mahu Jawatan utama dalam PL diisi anak tempatan

Ryeann Syah Sophian

Labuan: Persatuan Mahasiswa dan Siswazah Wilayah Persekutuan Labuan (PERSILA) mahu Jawatan utama dalam Perbadanan Labuan termasuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta jawatan utama dalam Jabatan agensi Kerajaan di Labuan di isi oleh anak tempatan.

Menurut salah seorang Ahli Jawatan Kuasa PERSILA, Ryeann Shah Sophian, PERSILA menyuarakan kebimbangan terhadap pengisian jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang kini kosong selepas penyandangnya yang juga anak jati tempatan yang tamat tempoh perkhidmatanya pada 30 September lalu tidak dilanjutkan semula.

“ PERSILA sebulat suara menyuarakan kebimbangan terhadap pengisian jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan beberapa jawatan utama dalam kerajaan di Labuan sambil menegaskan jawatan jawatan strategik ini wajar diisi oleh anak jati Labuan yang memahami selok belok keperluan, aspirasi dan harapan rakyat Labuan sepenuhnya” katanya dalam satu kenyataan  yang diedarkan kepada media disini kelmarin.

Ryeann yang juga jurucakap PERSILA, nenolak sepenuhnya dakwaan bahawa tiada anak jati Labuan yang layak untuk mengisi jawatan jawatan utama di Labuan yang telah menjadi sebahagian Wilayah Persekutuan sejak 1984.

Katanya, peminggiran anak jati Labuan dalam pengisian jawatan strategik hanya akan membentuk persepsi negatif bahawa suara rakyat Labuan tidak di padang serius.

Jelas Ryeann, kepimpinan tempatan adalah asas penting bagi pembangunan yang lestari dan berkesan kerana mereka mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap cabaran serta keperluan masyarakatnya.

“Pengabaian  terhadap calon calon tempatan yang layak bukan sahaja akan mencatatkan pembangunan Labuan, tetapi juga menimbulkan persoalan tentang kepercayaan kerajaan pusat terhadap kemampuan anak jati Labuan di Wilayah ini.

Justeru itu kami menyeru Menteri Di Jabatan Menteri (Menteri Wilayah Persekutuan) dan Perdana Menteri untuk meneliti isu ini dengan serius.

“Wilayah Persekutuan Labuan bukan hanya sekadar entiti pentadbiran, tetapi juga sebuah komuniti yang unik dengan sejarah dan edintiti tersendiri”katanya.

Dalam waktu yang sama kami ahli ahli PERSILA menyeru agar jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail yang tamat perkhidmatanya selepas kontraknya tamat  pada 30 September lalu  di beri peluang untuk disambung semula.

Ini kerana di mata masyarakat tempatan beliau merupakan pegawai yang disenangi dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tempatan, malah Ketua Ketua Jabatan kerajaan yang ada di pulau ini telah tebukti memberikan kerjasama yang baik khususnya dalam melaksanakan program kerajaan di peringkat Kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN