ADVERTISEMENTspot_img

Persiapan Akhir Neurohope Programme Dimuktamadkan Menjelang Kehadiran Ketua Menteri

KENINGAU: Persiapan bagi penganjuran The Neurohope Programme dimuktamadkan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Akhir yang diadakan di Bilik Mesyuarat Matulai, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), sebagai langkah memastikan kelancaran program yang bakal menghimpunkan komuniti autisme bersama pelbagai agensi dan pemegang taruh.

Penyelia Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor, Azmi Sharil, menghadiri mesyuarat itu sebagai wakil Pejabat UPPM Bingkor bagi menyelaras persiapan akhir bersama jawatankuasa pelaksana.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Norsih Nusuri, dan turut dihadiri wakil jabatan kerajaan, agensi berkaitan serta pihak yang terlibat dalam penganjuran program.

The Neurohope Programme dijadual berlangsung hari ini, bermula jam 11 pagi di Dewan Aspirasi Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.

Program yang diterajui Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Bingkor, Dr. Valerie Primus Vonn Primus, dengan kerjasama pelbagai agensi dan rakan strategik itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autisme, memperkukuh jaringan sokongan serta menggalakkan penyertaan yang lebih inklusif terhadap individu dalam spektrum autisme.

Penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan, agensi serta rakan strategik dalam memperkasakan kesejahteraan komuniti autisme menerusi pendekatan yang holistik, sekali gus memupuk masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan saling menyokong.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN