RANAU: Tarian Pakiring atau Daling-dalingĀ yang digayakan adik Suhana Aiyrn Binti Jusrey 6, pelajar Tabika Kemas Kg.Karanaan serikan Majlis ApresiasiĀ Kanak-Kanak Tabika-Taska Parlimen P.179 di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.
Tarian Pakiring biasanya, dipersembahkan oleh suku kaum Bajau Semporna bagi meraikan majlis perkahwinan sambil si penarinya akan menerima sumbangan berupa wang ringgit yang disisipkan di celah-celah jari si penari semasa mengayakan tarian tersebut.
Adik Suhana berjaya mengumpul lebih RM30 sumbangan orang ramai semasa mengayakan tarian di atas pentas mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.
Majlis Apresiasi itu telah dirasmikan Ahli Parlimen Ranau, Datuk JonathanYasin, melibatkan 533 orang kanak-kanak dari 91 Tabika dan 9 buah Taska Parlimen Ranau, masing-masing menerima Anugerah berupa Sijil.
Hadir bersama ratusan ibubapa, guru-guru Tabika-Taska dan Kakitangan Kemas daerah Ranau ialah, Pegawai Kemas daerah Ranau, Fairuzulfikar Badsyah Bin Mohd.Husin.
.