Mazlan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Rosli.
TAWAU : Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) memberi bantuan kewangan kepada ahli dan keluarga pesakit.
Ketua PVKMS Zon Tawau, Mazlan Asim, berkata, sejak PVKMS didaftarkan di Sabah lima tahun lalu, lebih RM10,000.00 kutipan dari ahli untuk disumbangkan bagi memastikan ahli PVKMS tidak terabai, sekaligus kebajikan keluarga mereka sentiasa terjaga.
“Persatuan juga memerlukan sumbangan kewangan daripada badan korporat supaya dapat terus membantu golongan memerlukan”, jelas Mazlan ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ahli PVKMS, Rosli Bin Ulai di Tawau baru-baru ini.
Jelasnya lagi, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.