26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Unduk Ngadau Daerah Ranau ditubuhkan

Amisah (tengah), Florencia (ketiga kanan) dan lain-lain semasa pelancaran persatuan itu


RANAU: Prestasi yang memberangsangkan dalam sejarah pertandingan Unduk Ngadau telah menjadi inspirasi kepada penubuhan Persatuan Unduk Ngadau Daerah Ranau yang dirasmikan di sini pada hari Jumaat.


Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin yang merasmikan persatuan itu berkata, penubuhan perstuan ini amat bertepatan untuk memastikan pencapaian yang baik para peserta dari daerah ini akan berterusan di masa akan datang.


“Syabas dan tahniah kepada Pengerusi persatuan dan ahlinya di atas usaha dan kerja keras sehingga tertubuhnya Persatuan Unduk Ngadau Daerah Ranau ini.


“Sikap serta semangat kerja berpasukan sememangnya amat diperlukan dalam sesebuah organisasi bagi memangkin kejayaan dan kecemerlangan organisasi tersebut.


“Apa yang saya lihat, penubuhan perstuan ini amat bertepatan. Kita dapat melihat sejarah penyertaan Unduk Ngadau Daerah Ranau sebelum ini dan pencapaiannya yang membanggakan Daerah Ranau,” katanya.


Amisah berkata, pencapaian ini boleh dijadikan sebagai penunjuk prestasi kepada pengurusan Unduk Ngadau Daerah Ranau iaitu persatuan ini sendiri, dan percaya pencapaian ini akan berterusan di bawah Kerjasama pihak kerajaan dan persatuan itu.

AJK Persatuan Unduk Ngadau Daerah Ranau bersama dengan AJK tertinggi Persatuan Unduk Ngadau Sabah


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Unduk Ngadau Daerah Ranau, Florencia Padasian berkata, melalui persatuan ini pelbagai aktiviti akan dilaksanakan dan pastinya memanafaatkan generasi muda dan masyarakat Kadazandusun di Ranau.


“Penubuhan Persatuan unduk ngadau bukankah untuk mengambil alih mana-mana penganjuran tetapi untuk bekerjasama dalam memartabatkan tradisi Unduk Ngadau khasnya di Daerah Ranau.


“Persatuan juga bukan bertujuan untuk mengaut Keuntungan, tetapi ditubuhkan untuk meneruskan aktiviti perserta Unduk Ngadau supaya tidak terhad ketika waktu perayaan Kaamatan sahaja,” katanya.


Tambah Florencia, Alumni Unduk Ngadau adalah duta dalam meneruskan kelangsungan adat, budaya dan warisan kaum kadazandusun.


Oleh itu, melalui persatuan ini pelbagai aktiviti akan dilaksanakan dan pastinya memanafaatkan generasi muda dan masyarakat Kadazandusun di Ranau.


“Semoga dengan penubuhan persatuan bukan saja dapat mengangkat martabat Unduk Ngadau tetapi juga memelihara warisan turun temurun masyarakat Kadazandusun di Ranau.


Sempena pelancaran persatuan itu juga, turut diadakan pelancaran teaser video klip lagu khas untuk Unduk ngadau yang bertajuk “Ika No Unduk Ngadau Kaamatan”, di mana hasil karya tersebut dicipta, diolah muzik dan video dari anak jati Ranau sendiri.


“Diharapkan agar lagu ini dijadikan muzik catwalk semasa Pertandinagn Unduk Ngadau nanti sama ada di peringkat daerah seterusnya peringkat Negeri,” jelas Florencia.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN