30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Tinagas Sabah dipuji kerana berjaya mengadakan MAT dan pelbagai aktiviti

TERIMA KASIH….Datuk Jonathan (kiri) menerima Cenderakenangan disampaikan Haji Din dan diperhatikan yang lain.

RANAU: Persatuan Tinagas Sabah dipuji kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu, selain kejayaan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti ke arah memantap serta memartabatkan  peranan persatuan berkenaan agar berdaya saing secara positif dengan persatuan suku kaum lain di Sabah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II    Malaysia, Datuk  Jonathan Yasin menaruh harapan kepada persatuan Tinagas Sabah,  agar terus maju khususnya untuk memelihara keunikan budaya tradisi suku kaum seperti Pakaian Tradisi, Tarian Kebudayaan dan banyak lagi perlu dimartabatkan dan dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman berikutan dengan kemunculan pelbagai tradisi lain muncul dengan pelbagai kaedah moden.

Menurut Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, untuk memelihara budaya sesuatu kaum adalah terletak dibahu generasi muda suku kaum itu sendiri agar terus terpelihara dan tidak mudah  luput dengan kemunculan budaya suku kaum lain.

“Justeru mesyuarat agung seperti ini, merupakan satu strategi sebagai aset utama mengekalkan perpaduan dan permuafakatan sedia terjalin sekaligus mengekalkan warisan tradisi kaum”, jelas  Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung  Persatuan Tinagas  Sabah di Lohan Rest House Ranau baru-baru ini.

Datuk Jonathan seterusnya menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dan membantu Persatuan Tinagas jika ada keperluan mendesak.

Turut berucap mewakili persatuan berterima kasih atas kehadiran  Datuk Jonathan ialah, Mantan Ketua Dearah Ranau, merangkap Presiden  Persatuan Tinagas Sabah, Haji Mohd.Din  Bin Selinggong dihadiri lebih 100 ahli dan perwakilan persatuan Tinagas seluruh Sabah dan Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN