David
RANAU’: Persatuan Rekreasi Sungai Taralamas Kg.Tiang di sini, akan menganjurkan Kejohanan Bola sepak Piala Taralamas Terbuka Malaysia di Padang Bongkud dan Padang SK.Nalapak di sini pada 24–25 Mei 2025.
Pengerusi Jawatankuasa penganjur kejohanan, David Julian(gambar) memberitahu, kejohanan Edisi kali ke-2 itu merupakan antara aktiviti yang dirancang akan dijalankan sempena Pesta Kaamatan tahun ini yang perasmian penutupan kejohanan akan disempurnakan Ahli Parlimen P.179 Ranau YB.Datuk Jonathan Yasin pada 25 Mei.
Menurut David, kejohanan tersebut lebih berfokus kepada tema kejohanan iaitu, ‘Meraikan Kepelbagaian dan Merayakan Kaamatan melalui sukan Bola Sepak.
Beliau yang juga seorang pendidik memaklumkan, hadiah lumayan menanti pemenang Johan bakal membawa pulang wang tunai RM10 ribu, Naib Johan RM5 ribu dan tempat Ketiga RM3 ribu manakala tempat Ke-4 hingga Ke-10 akan menerima RM1 ribu.
“Kepada pasukan yang berminat menyertai kejohanan ini, boleh mendaftar sehingga 23 orang pemain termasuk (pemain simpanan) dan 5 Pengurus pasukan dan dengan bayaran yuran penyertaan berjumlah RM2 ribu satu pasukan.
” Kita beri peluang sehingga 24 April sebagai tarikh akhir penyertaan”, jelas David dalam satu kenyataan Media di Ranau pagi tadi.
David menambah, semua pemain adalah “Mix.Veteran yang didaftarkan hendaklah berumur 40 tahun dan ke atas.
Kepada yang berminat katanya, boleh menghububgi beliau (David) untuk keterangan lanjut.



